~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~

Selasa, 20 April 2010

Baja Organik VERMIKOMPOS - BON1

Salam Sejahtera Semua..

Agak lama tidak laman blog ini tidak dikemaskini kerana beberapa kesibukan. Terima kasih diatas kunjungan semua.

Sebenarnya selama ini, penulis agak sibuk dengan projek ekonomi baru sebagai pengeluar & pembekal Baja Organik Vermikompos.Demi menyahut saranan pucuk pimpinan tertinggi USIA pusat iaitu kearah memperkasa ekonomi ummah khususnya ahli-ahli USIA, justeru penulis memilih projek ini sebagai satu wadah perjuangan baru dalam peningkatan ekonomi. Harus diingat ekonomi merupakan salah satu elemen penting dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Insya'allah..

Alhamdulillah, pada awal Mac 2010..Syarikat Tambunan Agro Bio Enterprise, telah selamat didaftarkan dengan perniagaan utamanya adalah pengeluar dan pembekal Baja Organik Vermikompos dengan jenama BON1 (Baja Organik Nombor 1). Secara ringkasnya projek ini adalah penghasilan Baja Organik yang dihasilkan oleh Cacing Harimau melalui proses Teknologi Vermikultur untuk menghasilkan (Baja) Vermikompos yang bermutu tinggi.



Alhamdulillah.. dan terima kasih atas kunjungan Yang Berbahagia Datuk Haji Abdullah Hussin, Setiausaha Agung USIA Pusat, Setiausaha Kerja USIA Pusat, Encik Misnan, Penolong Pegawai Daerah Tambunan, Encik Sallehuddin Tahir, Ketua USIA Bahagian Tambunan, Ustaz Jumain Abdul Ghani dan rakan-rakan lain ke tapak pemprosesan Baja BON1 pada 13 April 2010 yang lalu.

Rakaman terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Abdullah Hussin kerana telah membuat publisiti Baja Organik BON1 dalan akhbar Utusan Borneo, halaman Belia pada 15 April 2010 yang lalu.

Penulis mengharapkan doa daripada semua rakan pembaca agar projek ini terus maju.

Sekian..Wassalam.

Rabu, 16 September 2009

Ihya Ramadhan - Tadarrus Al-Qur'an


**Kumpulan Tadarrus Al'Qur'an Masjid Nurul Iman, Tambunan**

Alhamdulillah..sepanjang bulan Ramadhan al-mubarakh.. Masjid Nurul Iman pekan Tambunan telah berjaya menganjurkan aktiviti Tadarrus Al-Qur'an. Semalam, tanggal 16 September, merupakan acara khatam A'-Qur'an yang dilaksana selepas solat tarawikh.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini..(Ustaz Mazri, Ustaz Hatta, Ustaz Husnun Hadi, Ustaz Idris, Ustaz Hafiz, Saudara Bakri, Saudara Fikri, Saudara Azmi, Saudara Tarmizi, Saudara Nazidi, Saudara Junaidi, Ustaz Rahimudin, Iman Basman dan rakan-rakan lain yang turut serta)_____________________________________________________________________________
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keridhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

1. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang artinya : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang artinya : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
- Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang artinya : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim

Selasa, 15 September 2009

MUHASABAH CINTA



PADA SUATU HARI... Jika cintamu diberikan kepada manusia, kau akan merasai betapa peritnya perpisahan, pahitnya api cemburu yang membara,sukarnya untuk memahami,susahnya menjaga hubungan dari dugaan dan cintamu kemungkinan diterima atau ditolak.Tetapi,jika cintamu diberikan sepenuhnya untuk Tuhanmu,kau tak akan pernah merasa kehilangan,tidak ada yang akan merebut cintaNya darimu, kau akan hidup bersamaNya dan tidak akan pernah berpisah denganNya kecuali kau sendiri yang menjauhiNya. Sesungguhnya, cinta yang paling membahagiakan adalah cinta pada Allah SWT...

Isnin, 14 September 2009

KEM REMAJA RAIKAN RAMADHAN



Tahniah kepada Syukhbah Dakwah & Tarbiah Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan yang dipengerusikan oleh Ustaz Mazri Kalik , Ustaz Hatta, Ustaz Husnun Hadi dan rakan-rakan jawatankuasa pelaksana kem remaja raikan ramadhan yang telah berjaya melaksanakan program ini pada 12 - 13 September 2009 yang lalu, bertempat di Masjid Nurul Iman.

Program ini yang telah dijayakan dengan kerjasama USIA Bahagian Tambunan melibatkan 42 peserta dari kalangan pelajar-pelajar SMK Nambayan Tambunan,SMK Tambunan dan SUIS Pekan Tambunan. Peserta-peserta dari sekolah SMK Desa Wawasan, SM St. Martin, SMU Tambunan tidak dapat menghantar wakil disaat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi suai kenal dikalangan peserta, sesi tazkirah ramdhan, tadarrus al-Qur'an, Qiamul lail, aktiviti 'aku peduli' dan beberapa aktiviti sampingan lain.

Menerusi salah satu aktiviti iaitu aktiviti 'aku peduli', peserta didedahkan dengan nilai keperihatinan, peka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan beberapa nilai mahmudah lain dalam hidup bermasyarakat. Para peserta telah dibawa untuk menziarahi beberapa keluarga terpilih di sekitar pekan Tambunan dengan membawa sumbangan berupa barang makanan dan pakaian untuk disumbangkan kepada tuan rumah. Sepanjang 3 jam aktiviti ini berlangsung, para peserta menjalankan aktiviti amal seperti membersihkan rumah, membersih kawasan halaman rumah dan seterusnya mengerjakan solat asar berjemaah dan tazkirah ringkas di rumah tersebut.

Sekalung penghargaan kepada PASUKAN CINTA TAMBUNAN, kerana turut sama menjayakan aktiviti 'aku peduli'.






Semoga program-program seumpama ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang.. INSYA'ALLAH...

Jasa Mu Dikenang



Sekitar pukul 11.00 pagi, 12 september 2009 yang lalu.. Kami (Ustaz Jumain Abd. Ghani, Ustaz Mohd. Yassin Mohd Yunus dan saya) telah berkunjung ke rumah Tuan Haji Banting Taliban di kg. Karanaan Tambunan untuk menyampaikan watikah penghargaan Jasa Mu Dikenang daripada USIA Bahagian Tambunan.Sebenarnya watikah ini diserahkan kepada beliau sewaktu perhimpunan agung USIA pada 28 Ogos 2009 yang lalu. Tetapi kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan ketika itu, penyerahan watikah telah diwakili oleh saudara Abdul Aziz Raimin.

Sedikit berhubung dengan anugerah ini..Anugerah Jasa Mu Dikenang merupakan idea yang ditimbulkan oleh barisan kepimpinan USIA Tambunan sesi 2006-2009 untuk dijadikan acara utama setiap 3 tahun iaitu pada Perhimpunan Mesyuarat Agung dan Pemilihan USIA Bahagian ini. Anugerah ini adalah untuk memberi sedikit penghargaan kepada individu-individu yang boleh dianggap sebagai tokoh dalam memperjuangkan dakwah Islamiah di daerah ini, khususnya dalam gerakan dakwah USIA Tambunan.

Tuan Haji Banting sememangnya seorang tokoh yang telah lama berkecimpung dalam gerakan dakwah Islamiah yang bernaung dibawah Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) sejak tahun 1972 lagi. Bersama rakan-rakan seangkatan ketika itu,beliau sebenarnya telah merintis jalan untuk USIA Tambunan pada hari ini terus berfungsi sebagai salah satu Pertubuhan NGO yang menjadi pemangkin kepada perkembangan dan kemajuan Islam di daerah Tambunan.

Dalam sesi temubual singkat dengan beliau sewaktu kunjungan, beliau sempat menyuarakan kegembiraan beliau kerana akhirnya USIA Tambunan mendapat hati dikalangan generasi muda yang sedia untuk meneruskan perjuangan bagi memartabatkan Islam di daerah ini. Beliau juga dengan rasa rendah diri, mengingatkan beberapa nama lain yang telah sama-sama berjuang bersama-sama sejak dulu dan juga selayaknya menerima anugerah penghargaan seumpama ini.





Insya'allah..semoga jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang generasi lama akan mendapat kurniaan ganjaran pahala dari Allah SWT dan kami sebagai generasi pelapis kepimpinan dan penerus wadah perjuangan mereka akan tetap mengingati catatan perjuangan ini sebagai satu sejarah.

Khamis, 10 September 2009

IHYA RAMADHAN DI SURAU KG. TAMPASAK LIWAN TAMBUNAN

Sempena bulan ramadhan al-mubarakh tahun ini, kg. Tampasak Liwan adalah merupakan salah satu destinasi program ihya ramadhan yang telah dipilih oleh USIA Bahagian Tambunan.

Pada 9 September 2009 (Khamis), lebih kurang jam 5.40 petang, saya dan seorang rakan Mohd Fikri bertolak menuju ke kg. Tampasak Liwan, Tambunan. Meskipun saya orang Tambunan, namun belum pernah menjejakkan kaki ke kg. tersebut. Peluang ini saya jadikan alasan untuk sampai walaupun pada awalnya saya teragak-agak untuk pergi seorang diri. Maklum saja apabila mendengar cerita rakan-rakan kedudukan kg. tersebut yang jauh dan jalanrayanya juga agak mencabar. Mujur juga saat-saat akhir, saudara fikri mempunyai kelapangan untuk turut serta.

Mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai dengan perjalanan mengharungi sungai, bukit- bukau dan lurah..(Kalau kenderaan tidak cukup ok..jangan cuba main berani.. sistem 'brek' dan 'clutch' mesti sempurna....o)akhirnya kami sampai dihadapan surau kg Tampasak lebih kurang 6.25 petang. Ketika itu ahli jemaah kg sudahpun mula berbuka puasa. Mujur juga tidak sesat jalan sebab kami sebenarnya tidak begitu pasti arah tuju ke kg ini.

Saya amat terpegun dan terharu melihat kerjasama dan persefahaman yang dipamerkan oleh saudara-saudara kita disini. Ini jelas digambarkan dari cara penyediaan jamuan berbuka yang mereka hidangkan. Hidangan 'pot luck' yang disajikan dengan masakan cara kampung (daging payau/rusa, ikan pelian, hinava, sayur pakis dan macam-macam lagi)amat menyelerakan kami, meskipun berlampukan 'lampu pom'.

Sedih juga, tiang letrik dah ada tapi kg tersebut masih dalam kegelapan kerana saya difahamkan wang deposit untuk 'wiring' rumah-rumah di kg tersebut dibawa lari oleh tukang 'wiring' yang diamanahkan.. Semoga individu ini mendapat kesedaran dan hidayah dari Allah SWT..untuk memulangkan hak penduduk di sini.

Selepas berbuka dengan jamuan ala kadar, kami melaksanakan solat fardhu magrib berjemaah dan selepas itu sedikit tazkirah ringkas dan penerangan berkenaan hala tuju USIA Bahagian Tambunan (sebagaimana yang dipesankan kepada saya oleh Ketua USIA Tambunan, Saudara Jumain Abdul Ghani).Sejurus selepas itu, barulah kami menikmati jamuan berat dengan menu pot luck yang saya sebutkan di atas..

Program di kg ini berakhir lebih kurang pukul 9.00 malam dan kami memohon diri untuk berangkat pulang.

Sukar untuk digambarkan pengalaman baru yang saya perolehi dari kunjungan ini. Dalam keadaan negara kita yang sudah sekian abad merdeka, ingatkan tidak ada lagi rakyat di negara ini yang hidup serba kekurangan seperti ini. Kanak-kanak disini masih berulang alik ke sekolah berjalan kaki sejauh 5-6 km sehari. Bukan berjalan dijalan rata tetapi terpaksa memerah keringat mendaki dan menuruni lurah. Rasanya tidak ada alasan untuk mengenepikan hak segelintir rakyat untuk mengecapi apa yang dikatakan kemajuan. Sesuatu harus dilakukan oleh pihak-pihak berwajib agar nanti tanggung-jawab anda tidak dipersoalkan. Bukan hanya dari rakyat TERPINGGIR tetapi juga dari Allah SWT.







Selasa, 8 September 2009

Tazkirah Ringkas Menjelang Ramadhan yang Dirindui…

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir.

Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata “amin” dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.”

Apabila beliau turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”

Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.”
[Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

Pengajaran yang diperoleh daripada hadis ini:*


1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya:

“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106]

Berkata At-Tibi : “Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang tertipu, tetapi sebenarnya ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menhalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa lalu menerangkan keampunan Allah dan mendatangkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat” [Tuhfatul Ahwazi, 7/193] [1]


2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;



“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56]

Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2]

Antara dalil-dalil lain yang berkaitan dengan keutamaan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW:[3]

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat. Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita. Firman Allah SWT;





“Dan telah memutuskan Tuhanmu supaya janganlah kalian menyembah selain Dia, dan hendaklah kalian berbuat baik kepada ibu bapa kalian dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu atau kedua-duanya, maka sekali-kali janganlan engkau mengatakan “ah!” kepada kedua-duanya dan janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (baik dan sopan). Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku ketika kecil” . [al-Isra`: 23-24]

Wallahu’alam…

Nota kaki:


[1] Hadis taubat dan huraian daripada at-Tibi yang dipaparkan di atas dipetik daripada laman Ustaz Zaharuddin (UZAR). Semoga Allah memberkati sumbangannya dan sekalung penghargaan daripada saya. Artikel beliau membincangkan perihal wanita yang berzina lalu hamil dan taubatnya. Saya tidak memetik artikel tersebut sepenuhnya kerana ia tidak berkaitan secara langsung dengan entri ini. Harap maklum.

[2] Perenggan ini dipetik daripada salah satu blog milik Saudara Nawawi bin Subandi, semoga Allah memberkati sumbangannya ini dan sekalung penghargaan daripada saya. Untuk mengetahui tentang pembahasan selawat dan manfaatnya, sila klik link tersebut untuk membaca artikel berkaitan.

[3] Dipetik daripada laman multiply milik adeqshah. Semoga Allah memberkati sumbangannya dan sekalung penghargaan daripada saya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendirian saya (dalam ertikata lain, pendapat ulama’ yang saya pegang), sila baca artikel bertajuk “Pembahasan Isu Hakcipta”.

* Bahagian Pengajaran diolah oleh penulis dengan merujuk kepada sumber-sumber yang telah dinyatakan. Pengajaran ini disampaikan secara ringkas, untuk mendapatkan huraian serta penjelasan yang lebih mendalam sila rujuk kepada asatizah yang dipercayai keilmuan mereka. Sekiranya terdapat kesalahan ataupun kelalaian dalam menyampaikan, mohon jasa baik pembaca untuk memaklumkannya kepada penulis. Terima kasih.
_____________________________________________________________________________________
Dipetik dari - http://muhammadghazi.wordpress.com/2009/06/23/tazkirah-ringkas-menjelang-ramadhan-yang-dirindui/

Ahad, 6 September 2009

SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

"Kita yang muslim semua mengaku jadi umat Nabi Muhamad SAW. Tapi pernah tak terfikir dalam kehidupan seharian sunah Nabi yang mana kita amalkan.....aku pening..sebab rasanya 1 pun susah nak cari. Paling mudah masuk tandas kaki kiri keluar tandas kaki kanan pun Aku ambil ringan je ..belum doanya lansung tak hafal.

Solat berjemaah memang Nabi tak pernah tinggal tapi Aku selalu sangat tinggalkan....masuk Masjid/Surau kaki kanan keluar kaki kiri lansung pijak selipar kiri dan sarung yang kanan dulu....pun selalu kantoi...doa keluar masuk masjid .. entahlah ..malu juga dengan anak aku yang tadika pun hafal banyak doa harian.

Itulah AKU yang dikatakan umat Nabi Muhamad...dapat kah AKU Safaat Nabi nanti......."


Dipetik dari tulisan hamba Allah : dehaihati.blogspot.com /Friday, February 27, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI I


**Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Kursus Oleh Pengerusi Masjid Nurul Iman, Drs. selamat Hj. Ismail kepada Pengerusi Syukhbah Hal Ehwal Belia/Remaja, Saudara Junaidi**

Tahniah kepada Syukbah Hal Ehwal Belia/Remaja & Syukbah Hal Ehwal Perkuburan , Masjid Nurul Iman Daerah Tambunan, dan kepada Pasukan CINTA Tambunan yang telah berjaya menganjurkan kursus pengurusan jenazah siri 1 dengan kerjasama USIA Bahagian Tambunan pada 5 September 2009 yang lalu.

Sememangnya program-program seumpama ini adalah amat-amat digalakkan untuk memberi pendedahan kepada umat Islam di daerah ini khususnya tentang pengetahuan dan ilmu fardhu kifayah. semoga program-program seumpama ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
Insya'allah...

PELUANG MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.



Assalamualaikum pada semua sahabat pembaca blog ini.

Pihak USIA Bahagaian Tambunan telah mengenal pasti 30 keluarga yang amat memerlukan bantuan dan sumbangan sempena ramadhan dan persediaan menyambut Hari Lebaran tahun ini.

Sehubungan dengan itu, para dermawan di luar sana yang mempunyai kemampuan amat dialu-alukan untuk berinfak bagi meringankan beban saudara seagama kita disekitar Daerah Tambunan.

Antara keperluan asas yang diperlukan bagi setiap keluarga adalah:
a. 5 kg beras,
b. 1 kg gula,
c. 1 tin susu pekat,
d. 1 tin milo (sederhana),
e. 1 kilo minyak masak,
f. 1 botol kicap,
g.1 botol cuka makan,
h.1.5 kilo garam,
i. 5 tin sardin
j. 1 kilo bawang merah,
k. 1 kilo bawang merah, dan
l. 5 bungkus mee kering.

Sebarang sumbangan dan derma sila hantar ke;

-Pejabat USIA Bahagian Tambunan, Sabah

atau hubungi:
Ustaz Jumain Abdul Ghani (Ketua USIA Bahagian Tambunan)
Cikgu Azmi Haji Sidik (Timbalan Ketua USIA Bahagian)H/p: 0195396280
Kak Nursuhana Abdullah (Ketua Wanita USIA Bahagian)H/p: 0135588021
Ustazah Zubaidah Abdul Rahim (AJK USIA Bahagian Tambunan)H/p: 0198207461

Sumbangan akan disampaikan dari masa ke semasa berdasarkan terimaan sumbangan.
IKLAN ini akan berakhir sehari sebelum syawal menjelang.

**Iklan ini disalin dari post blog : pustakaalghazali.wordpress.com