~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~

Selasa, 20 April 2010

Baja Organik VERMIKOMPOS - BON1

Salam Sejahtera Semua..

Agak lama tidak laman blog ini tidak dikemaskini kerana beberapa kesibukan. Terima kasih diatas kunjungan semua.

Sebenarnya selama ini, penulis agak sibuk dengan projek ekonomi baru sebagai pengeluar & pembekal Baja Organik Vermikompos.Demi menyahut saranan pucuk pimpinan tertinggi USIA pusat iaitu kearah memperkasa ekonomi ummah khususnya ahli-ahli USIA, justeru penulis memilih projek ini sebagai satu wadah perjuangan baru dalam peningkatan ekonomi. Harus diingat ekonomi merupakan salah satu elemen penting dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Insya'allah..

Alhamdulillah, pada awal Mac 2010..Syarikat Tambunan Agro Bio Enterprise, telah selamat didaftarkan dengan perniagaan utamanya adalah pengeluar dan pembekal Baja Organik Vermikompos dengan jenama BON1 (Baja Organik Nombor 1). Secara ringkasnya projek ini adalah penghasilan Baja Organik yang dihasilkan oleh Cacing Harimau melalui proses Teknologi Vermikultur untuk menghasilkan (Baja) Vermikompos yang bermutu tinggi.



Alhamdulillah.. dan terima kasih atas kunjungan Yang Berbahagia Datuk Haji Abdullah Hussin, Setiausaha Agung USIA Pusat, Setiausaha Kerja USIA Pusat, Encik Misnan, Penolong Pegawai Daerah Tambunan, Encik Sallehuddin Tahir, Ketua USIA Bahagian Tambunan, Ustaz Jumain Abdul Ghani dan rakan-rakan lain ke tapak pemprosesan Baja BON1 pada 13 April 2010 yang lalu.

Rakaman terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Abdullah Hussin kerana telah membuat publisiti Baja Organik BON1 dalan akhbar Utusan Borneo, halaman Belia pada 15 April 2010 yang lalu.

Penulis mengharapkan doa daripada semua rakan pembaca agar projek ini terus maju.

Sekian..Wassalam.