~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~

Isnin, 14 September 2009

Jasa Mu Dikenang



Sekitar pukul 11.00 pagi, 12 september 2009 yang lalu.. Kami (Ustaz Jumain Abd. Ghani, Ustaz Mohd. Yassin Mohd Yunus dan saya) telah berkunjung ke rumah Tuan Haji Banting Taliban di kg. Karanaan Tambunan untuk menyampaikan watikah penghargaan Jasa Mu Dikenang daripada USIA Bahagian Tambunan.Sebenarnya watikah ini diserahkan kepada beliau sewaktu perhimpunan agung USIA pada 28 Ogos 2009 yang lalu. Tetapi kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan ketika itu, penyerahan watikah telah diwakili oleh saudara Abdul Aziz Raimin.

Sedikit berhubung dengan anugerah ini..Anugerah Jasa Mu Dikenang merupakan idea yang ditimbulkan oleh barisan kepimpinan USIA Tambunan sesi 2006-2009 untuk dijadikan acara utama setiap 3 tahun iaitu pada Perhimpunan Mesyuarat Agung dan Pemilihan USIA Bahagian ini. Anugerah ini adalah untuk memberi sedikit penghargaan kepada individu-individu yang boleh dianggap sebagai tokoh dalam memperjuangkan dakwah Islamiah di daerah ini, khususnya dalam gerakan dakwah USIA Tambunan.

Tuan Haji Banting sememangnya seorang tokoh yang telah lama berkecimpung dalam gerakan dakwah Islamiah yang bernaung dibawah Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) sejak tahun 1972 lagi. Bersama rakan-rakan seangkatan ketika itu,beliau sebenarnya telah merintis jalan untuk USIA Tambunan pada hari ini terus berfungsi sebagai salah satu Pertubuhan NGO yang menjadi pemangkin kepada perkembangan dan kemajuan Islam di daerah Tambunan.

Dalam sesi temubual singkat dengan beliau sewaktu kunjungan, beliau sempat menyuarakan kegembiraan beliau kerana akhirnya USIA Tambunan mendapat hati dikalangan generasi muda yang sedia untuk meneruskan perjuangan bagi memartabatkan Islam di daerah ini. Beliau juga dengan rasa rendah diri, mengingatkan beberapa nama lain yang telah sama-sama berjuang bersama-sama sejak dulu dan juga selayaknya menerima anugerah penghargaan seumpama ini.





Insya'allah..semoga jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang generasi lama akan mendapat kurniaan ganjaran pahala dari Allah SWT dan kami sebagai generasi pelapis kepimpinan dan penerus wadah perjuangan mereka akan tetap mengingati catatan perjuangan ini sebagai satu sejarah.

2 ulasan:

alhakim berkata...

Akan kita usahakan menjejaki orang lama yang banyak memacu gerakan dakwah dulu2,..,insyaAllah

erakita berkata...

Salam,

Teruskan usaha yg murni ini.

Memberi penghargaan sebagai ingatan tulus ikhlas semasa hayat seseorang lebih afdhal dan besar manfaatnya berbanding selepas orang berkenaan kembali menghadap Allah.

Tahniah & tahniah