~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~ FIKRAH UMMAH ~

Isnin, 14 September 2009

KEM REMAJA RAIKAN RAMADHAN



Tahniah kepada Syukhbah Dakwah & Tarbiah Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan yang dipengerusikan oleh Ustaz Mazri Kalik , Ustaz Hatta, Ustaz Husnun Hadi dan rakan-rakan jawatankuasa pelaksana kem remaja raikan ramadhan yang telah berjaya melaksanakan program ini pada 12 - 13 September 2009 yang lalu, bertempat di Masjid Nurul Iman.

Program ini yang telah dijayakan dengan kerjasama USIA Bahagian Tambunan melibatkan 42 peserta dari kalangan pelajar-pelajar SMK Nambayan Tambunan,SMK Tambunan dan SUIS Pekan Tambunan. Peserta-peserta dari sekolah SMK Desa Wawasan, SM St. Martin, SMU Tambunan tidak dapat menghantar wakil disaat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi suai kenal dikalangan peserta, sesi tazkirah ramdhan, tadarrus al-Qur'an, Qiamul lail, aktiviti 'aku peduli' dan beberapa aktiviti sampingan lain.

Menerusi salah satu aktiviti iaitu aktiviti 'aku peduli', peserta didedahkan dengan nilai keperihatinan, peka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan beberapa nilai mahmudah lain dalam hidup bermasyarakat. Para peserta telah dibawa untuk menziarahi beberapa keluarga terpilih di sekitar pekan Tambunan dengan membawa sumbangan berupa barang makanan dan pakaian untuk disumbangkan kepada tuan rumah. Sepanjang 3 jam aktiviti ini berlangsung, para peserta menjalankan aktiviti amal seperti membersihkan rumah, membersih kawasan halaman rumah dan seterusnya mengerjakan solat asar berjemaah dan tazkirah ringkas di rumah tersebut.

Sekalung penghargaan kepada PASUKAN CINTA TAMBUNAN, kerana turut sama menjayakan aktiviti 'aku peduli'.






Semoga program-program seumpama ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang.. INSYA'ALLAH...

0 ulasan: